Saturday, June 7, 2008

Kenapa Perlu Insurans

1. Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai.
2. Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula.
3. Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.
4. Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan.
5. Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama.
Sistem insurans boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.


Surah Al-Maidah Ayat 2"Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan berkerjasama dalam dosa dan permusuhan".
.
Hadith riwayat Bukhari"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".
.
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim"Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu".
.
Hadith riwayat Ibnu Majah"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia".
.
Hadith riwayat Ahmad"Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit".

Sunday, May 18, 2008

Merancang Pengurusan Kewangan

Topik yang diperbincangkan kali ini berkenaan dengan pengurusan kewangan pasangan anda. Ia lebih kepada mereka yang telah berkeluarga. Saya memilih topik ini kerana ia agak kurang di bincangkan walaupun ia adalah merupakan satu isu yang amat penting pada hari ini.
Antara situasi yang mungkin pernah berlaku kepada diri anda :
“Aku cukup bengang dengan bini aku. Setiap bulan hampir separuh dari wang gaji bulanan kami habis hanya semata-mata untuk membeli kasut baru. Aku takut kalau-kalau tabiat isteri aku ni akan menyebabkan kami menghadapi krisis kewangan kelak…”
dan satu lagi situasi..
“Semasa aku baru je kahwin dengan suami aku, suka juga melihat kereta kami di ubahsuai, maklumlah masa tu berdarah muda. Tapi sejak ada dua orang anak ni, makin menjadi-jadi pula hobi suami aku tu. Banyak duit simpanan kami digunakan hanya untuk menjadikan kereta kami lebih hebat dan cantik. Entah macam mana nasib kami kelak bila simpanan kami habis…”
Dua situasi di atas merupakan luahan yang boleh dikatakan biasa kita dengar. Konflik kewangan di kalangan pasangan memang wujud. Ada pasangan yang telah berkahwin bertahun-tahun tetapi hanya berbincang mengenai hal kewangan apabila timbul krisis kewangan yang sepatutnya di elakkan dari awal-awal lagi.

Jadi, apakah cara yang terbaik untuk anda yang telah berkahwin bagi memastikan pengurusan kewangan anda dan pasangan anda berjalan dengan baik? Berikut adalah beberapa cadangan yang praktikal boleh anda lakukan.

-Salah seorang daripada anda sepatutnya memberanikan diri untuk bertanya dan berbincangan mengenai hal-hal kewangan.
-Tanya kepada pasangan anda mengenai corak dan tabiat kewangannya seperti cara perbelanjaan, tanggungan hutang dan sejauh mana pasangan anda tahu mengenai pelaburan.
-Beli dan bacalah buku-buku mengenai pengurusan kewangan atau berjumpalah dengan pakar perancangan kewangan untuk memperbaiki corak anda dan pasangan menguruskan kewangan.
-Bincangkan juga tentang impian kewangan anda serta bagaimana anda dan pasangan mahu menghadapi waktu-waktu persaraan kelak.
-Bincangkan juga cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasil pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan serta banyakkan menyimpan untuk masa depan.
-Soal yang paling penting sekali ialah bagaimana anda dan pasangan anda boleh melindungi diri dan keluarga sebagai jaminan apabila berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. Maksud saya ialah perlindungan dari segi insurans seperti insurans perubatan, kemalangan dan sebagainya.
-Bahagikan tanggungjawab menguruskan kewangan dan elakkan dari hanya seorang sahaja yang menguruskan kewangan.

Kesimpulannya, mahu atau tidak anda perlu menetapkan satu hari untuk “meeting” bersama pasangan anda di mana anda dan pasangan anda boleh menyedarkan diri mengenai status kewangan masing-masing.Pilihlah satu masa yang sesuai. Berbincanglah secara baik dengan pasangan anda. Apa yang penting ialah bersikap jujur, terbuka dan sanggup menerima hakikat walaupun pahit. Ingatlah! Ini adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan masa depan anda dan anak-anak.
Fikirkanlah .

Friday, May 16, 2008

Apa Itu Pengurusan Kewangan ?

Apabila disebut pengurusan kewangan, ini lah yang perlu anda tahu:
1. Pengurusan Cashflow
2. Perancangan Cukai
3. Pelan Insurans
4. Pelan Pelaburan
5. Pelan Persaraan
6. Estate Planning

Asasnya adalah pengurusan cashflow. Sebab ia akan memberi kesan besar kepada hal-hal lain. Kalau anda gagal melakukan active savings dan tidak mengawal perbelanjaan, sebenarnya anda sendiri mencipta barah kewangan sendiri yang anda akan rasai 20-30 tahun akan datang. Malah, salah guna kad kredit boleh menyebabkan barah itu merebak dalam masa 5-10 tahun sahaja.

Kesilapan seterusnya adalah apabila anda tidak mempunyai pelan insurans, pelan pelaburan dan pelan persaraan. Baik dalam unit amanah, investment-link insurance dan lain-lain. Pelan-pelan ini sebenarnya adalah untuk simpanan anda pada masa depan.

Perkara yang selalu dilupakan adalah pengurusan cukai dan estate planning. Berapa ramai orang tidak tahu cara tidak membayar cukai dengan cara yang sah dan berapa banyak aset yang tidak dapat dicairkan kerana tidak merancang pembahagian harta.
Dan selaku orang Islam, ada 2 pelan tambahan yang mesti anda masukkan:
1. Pelan Fardhu Haji
2. Pengurusan Zakat

Ingat, perancangan kewangan adalah pelan yang komprehensif dan ia bersifat personal. Pelan anda dan pasangan anda pun pasti ada perbezaan. Perancangan kewangan bukan sekadar membeli kereta mewah. Itu bukan merancang kewangan, itu namanya anda tolong bayarkan installment kereta mewah tersebut.

Fikirkan lah.

Saturday, May 10, 2008

Kesilapan Merancang Kewangan Masyarakat Hari ini

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa dan wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Tiada Perlindungan Insuran.
Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya.Semua orang tahu bila anda sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!!!Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan bertauliah.

Tuesday, May 6, 2008

KESEDARAN TENTANG INSURANS

Pernahkah anda terbaca di email, akhbar atau majalah tempatan, kisah masyarakat kita di mana orang Melayu kita memohon belas kasihan dan bantuan kewangan untuk meringankan bebanan kewangan yang dihidapinya. Bukan setakat jumlah wang yang mereka perlukan itu sangat besar, bahkan mereka sangat memerlukan wang dalam keadaan segera kerana amat terdesak.

Saya yakin anda ada sifat dan perasaan ingin menolong mereka. Tapi mana mungkin kewangan anda sendiri pun cukup makan saja. Nak menderma pun tak dapat, anda hanya mampu melihat dan bersimpati sahaja. Kalau dapat menderma pun, jumlahnya mungkin agak sedikit dan belum tentu dapat menyelesaikan masalah individu tersebut.

Pada pendapat saya, kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi oleh orang Melayu kita, sebenarnya boleh diatasi dengan penggunaan produk insurans yang bersesuaian. Sebagai contoh, bila sakit masuk hospital, kesemua bil hospital boleh ditanggung sepenuhnya oleh insurans, tanpa mereka perlu memungut derma ke sana sini. Bila kematian suami, balu dan anak-anak kecil tak perlu hidup meminta-minta, sebaliknya gaji suami yang hilang itu, boleh diganti-semula oleh insurans untuk menampung keperluan akan datang. Tetapi kerana kurang kesedaran dan kurang ilmu kewangan, tidak sampai 15% orang Melayu kita, yang memiliki insurans peribadi. Lebih 85% lagi, tidak ada insurans peribadi dan hanya bergantung kepada insurans majikan (yang bukan menjadi hak miliknya 100%), insurans Socso dan sumbangan badan kebajikan. Yang paling menyedihkan, hampir 15% orang Melayu kita yang memiliki insurans, tak tahu & tak faham jenis faedah insurans yang ada dalam polisi mereka. Pada mereka, asal sudah beli insurans, tanggungjawab mereka sudah selesai. Samada perlindungan insurans itu dibeli dalam jumlah yang mencukupi atau tidak, samada skop perlindungannya meliputi apa yang dia kehendaki, dia sendiri pun tidak tahu.

Semua ini berlaku kerana orang Melayu kita :-
1 - Tidak ada kesedaran dalam membuat persediaan awal
2 - Tidak ada ilmu kewangan tentang cara melindungi sumber kewangan
3 - Terikut budaya, belanja dulu, baru simpan yang lebih berbanding simpan dahulu sebahagian gaji dan cuma belanja selebihnya.

Bila sebut bencana kewangan ini, anda sebenarnya boleh gambarkan bagaimana keadaannya sewaktu kediaman anda mengalami "black-out" di tengah malam. Bukan sahaja kediaman anda akan menjadi gelap gelita, malahan keadaan keluarga anda juga jadi huru-hara. Anak-anak menangis dan menjerit meminta tolong, si isteri kelam-kabut cuba menenangkan mereka dan anda pula tercari-cari sebatang lilin. Bila lilin dinyalakan, barulah keadaan menjadi tenang sedikit. Anda, isteri dan anak-anak akan duduk mengelilingi lilin. Walaupun api lilin itu kecil, namun ianya mampu membuat keluarga anda duduk bersama, merasa tenang dan boleh bergelak ketawa.

Begitu jugalah dengan kehidupan pada hari ini. Bila ditimpa malapetaka, ramai orang rasa macam dunianya menjadi gelap gelita. Kehidupannya menjadi huru-hara dan tidak tentu hala. Insurans itu umpama lilin yang menerangi kehidupan kita di waktu "black-out". Ia dapat menukar keadaan keluarga yang huru-hara dan terdesak, kepada kembali tenang dan kekal bersama di bawah satu bumbung.

Walaupun saya baru 1 tahun dalam industri insurans ini dan sudah menempuh berbagai pengalaman dalam kerjaya membantu orang Melayu kita. Di saat mereka terlantar sakit kritikal di hospital atau bila berlaku kematian yang tidak disangka, saya datang membantu mereka di saat kesusahan. Boleh menitis air mata,terutamanya bila kita menyerahkan cek kepada balunya, memberitahu si arwah ada meninggalkan sedikit harta pusaka untuk belanja keluarga setelah ketiadaannya. Dan bila anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa, datang mencium tangan kita dan mengucapkan terima kasih kerana kehadiran kita. Anda pasti akan menitis air mata bila menempuh pengalaman begini, tidak kira sekeras mana kejantanan anda.

Pada masa ini, saya ingin berkongsi pengalaman ini bersama anda semua kerana saya tahu, saya seorang tidak mampu nak bantu semua orang Melayu di Malaysia ni. Setakat mana lah kudrat saya nak bawa "lilin" ke seluruh Malaysia. Saya perlukan bantuan anda semua, untuk menyertai perjuangan saya ini nak bantu orang melayu kita lindungi sumber kewangan mereka sendiri.

Monday, May 5, 2008

PERLINDUNAGN INSURAN MENJAMIN MASA DEPAN

PERLINDUNGAN yang betul pasti memberikan jaminan yang memuaskan, khususnya untuk masa depan yang tidak dapat dijangka. Bukan saja perlindungan untuk mental dan emosi, malah pada zahirnya membabitkan fizikal yang memerlukan sedikit pengorbanan dalam aspek kewangan.
Di Barat, insuran memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakatnya. Tetapi, di rantau ini khususnya Malaysia, masyarakat sering kali memberi pelbagai alasan bagi mengelak daripada menyertai skim insuran yang ditawarkan.
Ketua Pegawai Eksektif TM Asia Life, Jun Tokura, berkata wanita khususnya yang sudah memulakan kerjaya, perlu mempunyai insuran untuk perlindungan diri sepanjang hayat bagi memastikan masa depan terjamin.
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan wanita sering berfikiran mereka tidak perlu membeli insuran kerana pembayaran yang dilakukan satu pembaziran memandangkan usia yang masih muda..
“Pemikiran seperti ini perlu diubah, terutama zaman sekarang yang penuh dengan cabaran. Letakkan perumpamaan ‘malang tidak berbau’ dan ‘sediakan payung sebelum hujan’ adalah cara terbaik berfikir. Selain itu, pendidikan juga amat penting dalam memberi pengetahuan mengenai kepentingan insuran bagi wanita.
“Kajian sebelum ini mendapati punca utama kematian wanita di negara ini ialah penyakit jantung, strok dan barah. Sepanjang 2002 saja, sebanyak lebih 45,000 pesakit dikesan menghidap barah dan ia dikesan semakin meningkat dari lima peratus kepada 10 peratus setiap tahun atau satu daripada 500,000 populasi penduduk wanita negara ini yang menghidap barah,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Beliau berkata, kebarangkalian bagi seseorang itu diserang penyakit atau mengalami kemalangan tidak mustahil kerana apa saja boleh berlaku.
Sehubungan itu, katanya, adalah wajar bagi wanita melakukan persediaan supaya dapat memastikan kehidupan masa depan dilindungi sebaik mungkin.
“Kita juga tidak boleh mengatakan tidak akan diserang penyakit kronik mahupun terbabit dalam sebarang kemalangan. Faktor itu perlu dikikis daripada minda wanita, apa tah pula rawatan disediakan untuk kes tertentu seperti penyakit kronik memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
“Sekurang-kurangnya dengan memiliki insuran, kehidupan lebih terjamin kerana masalah kesihatan turut termasuk dalam perlindungan disediakan,” katanya.
Tokura berkata, kecanggihan teknologi moden membolehkan seseorang itu menerima rawatan yang lebih baik, sekali gus memberi peluang untuk menikmati kehidupan lebih bermutu.
Bagaimanapun, lazimnya rawatan sebegitu menelan perbelanjaan yang tinggi terutama jika dilakukan di luar negara. Malah, rawatan di negara ini juga tidak kurang mahalnya selepas mengambil kira belanja rawatan, kemasukan hospital dan penjagaan profesional.
“Wanita daripada semua peringkat usia sangat memerlukan skim insuran. Bukan saja dilindungi apabila diserang penyakit, malah skim insuran yang diambil dengan betul mempunyai banyak kebaikan antaranya seperti melindungi kos rawatan, kemalangan, hilang upaya, kematian suami dan sebagainya.
“Insuran mampu melindungi mereka daripada terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi bukan saja untuk diri sendiri bahkan keluarga, khususnya bagi mereka yang sudah berumah tangga. Lebih-lebih lagi, ketika ini kajian kelangsungan menunjukkan wanita akan lebih lama berbanding lelaki,” katanya.
Ketika ini, ada pelbagai jenis insuran diperkenalkan khusus untuk wanita. Ada yang cenderung untuk kesihatan semata-mata, ada juga yang lebih menyeluruh termasuk membabitkan perlindungan hayat termasuk pendidikan anak.
Apa yang penting, wanita yang ingin dilindungi insuran perlu memastikan apa matlamat dan kehendak. TM Asia Life juga tidak ketinggalan menawarkan skim insuran Asiamas untuk persendirian dan keluarga serta Asia Canser Sheild khusus wanita bujang mahupun sudah berumah tangga.
FAKTA: 10 alasan masyarakat tidak membeli insurans
1) Saya tiada duit.
2) Saya tidak percaya pada ejen insuran.
3) Saya tidak percaya dengan syarikat insuran.
4) Saya ada cara lain untuk menanggung perlindungan dan simpanan.
5) Saya sudah menyertainya melalui tempat kerja.
6) Saya terlalu muda untuk memiliki insuran.
7) Saya tiada sesiapa untuk dilindungi. Saya tiada cukup masa untuk membeli insuran.
9) Saya terpaksa berhenti merokok sebelum membeli insuran.
10) Saya tidak percaya dengan syarikat berkenaan